Wednesday, February 29, 2012

No matter what


20/02/2012
hahaha. Such a nice date to remember.=)
Yes, i will always remember that, 
and hoping for you so. 

Since that, no matter what happen, 
no matter people talking badly about you,
i will always there with you,
love you without any reasons,
and knowing you being perfectly as my the only one.

And no matter what,
please be strong and stay calm as usual,
we will be ourselves, 
loves each other with fully heart,
charmingly caring of our life, 


You are the only one till the ends.
~my only hopeless romantic~

Monday, February 27, 2012

Quote of the day



Sunday, February 26, 2012

~Zauji~

Ya Khaliq, Engkau ciptakan kami dengan keserasian,
Pertemuan demi pertemuan, 
Kemudian, kau takdirkan kami dengan sebuah perhubungan.

Ya Rahman, Jika perhubungan ini suatu ketentuan,
 Hiasi peribadi kami dengan kenikmatan iman,
Kuatkan hati kami dengan pautan kejujuran,
Teguhkan diri kami dengan sesuci al-Quran sebagai panduan,
Bawakanlah kami meniti ke jalan cinta yang Engkau izinkan.

Ya Rahim, jika Engkau takdirkan kami dengan perpisahan,
Pisahkan kami dengan hanya sebuah kematian,
Temukan kami di syurga Mu yang berkekalan. 

Quote of the day


Saturday, February 25, 2012

Quote of the day



sesungguhnya waktu dhuha itu Dhuha Mu.



Matahari sedang bergerak untuk berada betul-betul tegak di kepala kita.
Tahukah kita semua waktu itu adalah waktu yang diperlukan oleh badan kita untuk berehat? Berehat itu bukanlah bermaksud dengan tidur, tidak sama sekali.
Sesungguhnya waktu itu adalah waktu untuk seluruh anggota badan kita sujud kepada Allah kerana keagunganNya.

So, bermula hari ni, marilah sama-sama kita menghadiahkan kepada seluruh anggota badan dengan sedikit rehat iaitu dengan melakukan solat sunat dhuha.

Beginilah doa dhuha, sungguh indah untuk didengar, apatah lagi untuk dihayati dan diamalkan. Selamat beramal Asdiqa'i.



Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, 
jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.


Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

P/s: Doa ini juga untuk kita berdua. Semoga rezeki kita yang di langit diturunkan, yang susah itu dipermudahkan.
=)


Sunday, February 5, 2012

Maulid Rasulullah 1433H


5 Feb 2012 merupakan hari ulang tahun kelahiran Baginda Rasul yang disanjungi setiap umat akhir zaman. Beliau dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah dalam keadaan yang sangat gilang gemilang ketika itu yang mana keadaan ini cukup untuk menggambarkan bahawa baginda bakal menjadi orang yang paling agung di muka bumi. 

Ya, baginda la rasul kita. Saya percaya setiap orang sudah mengetahui sejarah Nabi kita ini sejak bermulanya di bangku persekolahan lagi. 
Sirah Nabawiyyah cukup bermakna bagi setiap orang yang menghayati. Ingatkah kita pada ungkapan terakhir baginda......
Ummati, Ummati, Ummati.
Baginda tidak pula menyebut zauji, atau baiti atau apa-apa yang lain selain ummatku. Lihatlah betapa sayang dan kasihnya baginda kepada kita walaupun baginda tidak pula pernah melihat apatah lagi bersua dengan kita ummatnya di akhir zaman.

Bagaimana dengan kita?
Saya sendiri?
Susah, sedih tatkala mengingatkan, tetapi alpa kembali tatkala minda dilindungi dengan nafsu untuk berseronok sahaja.
Begitulah kita pada zaman ini, tidak pula mengikut apa yang baginda telah wariskan kepada kita apatah lagi untuk sentiasa mengulang kajinya.
Almaklumlah, Sirah Nabawiyyah ini tidak lagi akan ditanya dalam peperiksaan atau dalam kehidupan seharian.

Mencari di Youtube pelbagai jenis lagu yang akan keluar, tidak pula tiada dalam senarai pilihan lagu di laman itu.
Tapi, cuba kita cari selawat maulidur rasul yang selalu dinyanyikan sewaktu perarakan maulid...Tiada satu menepati pilihan selain nasyid raihan dan seangkatan dengannya.
Begitulah keadaan dunia ketika ini.

Semoga dengan itu, marilah kita sama-sama beramal di hari dan bulan kelahiran baginda. Banyakkanla selawat pada baginda.
Source: highnesfiq

~Selamat Beramal~